meniru ilmu akademik

View previous topic View next topic Go down

meniru ilmu akademik

Post  Admin on Mon Jan 12, 2009 4:04 am

ustaz..
ape hukum nya meniru di dalam peperiksaan akademik(engineering,bisnes dll..)???

ramai budak2 skolah skarang di ipta/ipts dah malas belajar dan meniru je bila exam..
samada tiru jawapan kawan mahupun nota kecil..jadi bagaimana keadaan nya apabila mereka lulus, habis belajar dan bekerja.lepas tu kawin dan tanggung anak bini???

ustaz wrote:Dari sudut hukum, asasnya adalah :-

1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian).
Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya
makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab:
Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu ,
bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan
yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka
membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus
berkata :-

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi,
bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram.

wallahua'lam

Admin
Admin

Posts : 26
Join date : 2009-01-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum