Jika Dr M anggap pilihan buruk, pengundi mesti tolak Wan Farid

View previous topic View next topic Go down

Jika Dr M anggap pilihan buruk, pengundi mesti tolak Wan Farid

Post  Admin on Mon Jan 12, 2009 4:12 am

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Jan 06, 09 | 4:50:41 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Hrkh) - Jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," para pengundi di Kuala Terengganu mesti menolaknya dalam pilihan raya kecil di bandaraya itu 17 Januari nanti, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.
"Dr Mahathir dengan jelas mendedahkan bahawa (Datuk) Wan Ahmad Farid (Wan Salleh) akan menjadi proksi dan alat kepentingan pihak tertentu untuk mengepung (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bila beliau menjadi Perdana Menteri kelak, bukan untuk kepentingan rakyat dan pengundi Kuala Terengganu.

"Kalau Bekas Presiden Umno sendiri yang menegaskan bahawa Wan Ahmad Farid dipilih sebagai calon untuk kepentingan pihak tertentu, bukan untuk kepentingan pengundi dan rakyat Kuala Terengganu, saya yakin pengundi Kuala Terengganu akan menolak orang yang tidak dicalonkan demi kepentingan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Berdasarkan apa yang didedahkan oleh Dr Mahathir itu, Mahfuz menyelar Umno dan BN kerana langsung tidak mementingkan calon yang memenuhi kepentingan dan aspirasi rakyat dan hanya mementingkan kehendak dan kemahuan pemimpin parti itu sahaja.

"Sikap Umno dan BN berbeza sama sekali dengan PAS yang memilih calon yang benar-benar diyakini dan terbukti berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

"Sebagai calon pembangkang, jika Mohd Abdul Wahid Endut tidak berkhidmat untuk kepentingan mereka, rakyat tidak akan memilihnya sebagai Adun Wakaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut dan dengan majoriti yang besar pula," katanya.

Dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu, Mohd Abdul Wahid mengekalkan kerusi Wakaf Mempelam dengan majoriti 2,193 undi mengalahkan calon BN, Othman Awang.

Dalam kenyataannya semalam yang disiarkan dalam video Malaysiakini, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya (Najib)," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini

Admin
Admin

Posts : 26
Join date : 2009-01-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum