Bubur Asyura

View previous topic View next topic Go down

Bubur Asyura

Post  Izza on Sat Jan 24, 2009 5:09 am

Sekarang bulan Muharaam.. biasanya bulan ni ramai orang buat bubur asyura..
tapi bulan Muharram kali ni takde orang buat bubur asyura kat kampung aku..
Teringin sangat nak makan bubur asyura..
so aku pun carila resepi untuk mencuba sendiri, ni resepi yang aku jumpa tuk dikongsi ngn kawan-kawan semua..
Kalau ade resepi yang lagi sedap, share lah kat sini.

Bahan-bahan :

1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara Membuat :

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.

Selamat mencuba bounce

p/s tp kenapa xde rempah eh????
pelek jer resepi nih..

Izza

Posts : 16
Join date : 2009-01-11
Age : 33

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum